Saturday 31 December 2011

Cambodia : Journey to the True Love (Part 2)

Continue from Part 1. Let pictures tells everything!

A pictures taken at Cambodia, at Kampong Soiy, Kampong Cham and around Phnom Penh.

25 and 26 December 2011.

Taken by: Me

Camera: Canon EOS 7D + Sigma 17-70mm f2.8 OS HSM + Tamron 70-300mm f4-5.6 VC USD

A handsome boy.

She is very nice, sweet and very close with me.

She act like this before I back to Phnom Penh

Comel. Anak tukang masak restoran di bawah. :-)

Restoran ni famous. Sedap.

A tut-tut.

A man ride his tut-tut.

A man ride his trishaw

A Cambodian man ride his motor.

One of main tourist spot.

A monk walking with umbrella.

A sweet Cambodian child.

A kid is eating.

 Bersambung. Hikhik...

Cambodia : Journey to the True Love (Part 1)

Lama benar tak update blog aku ini. Maklumlah kepenatan kerana baru pulang dari Kemboja, The Kingdom of Wonder dua hari lepas, pada Selasa 27 Disember 2011. Sekarang pun masih lagi penat tapi kenangan disana sering bermain-main di minda. Kenangan yang sangat manis…

Aku pergi ke Kemboja atas urusan peminangan dan juga melawat keluarga disana serta menyampaikan sumbangan berupa wang tunai kepada semua bangsa Melayu Champa di Kampong Cham, pedalaman Kemboja. Di sana semuanya orang-orang Melayu yang berdarah Champa. Mereka mengamalkan budaya Melayu, tak sama tapi serupa dengan Melayu Malaysia. Orang Melayu ni bertaburan di serata dunia jadi tak hairanlah di mana-mana negara asing akan ada kelompok minoriti Melayu. Orang-orang Melayu Champa ini beragama Islam. Keadaan kehidupan mereka agak daif, tapi masih mendapat bantuan daripada saudara-saudara dari Malaysia dalam bentuk wang tunai, pakaian, makanan, minuman dan sebagainya. Ramai yang prihatin dengan keadaan saudara kita di Kemboja ini.

Dua buah keluarga berbincang.

Alhamdulillah urusan peminangan dan pertunangan selesai. Lelaki dari Malaysia, dan perempuannya gadis Melayu Champa yang berpelajaran tinggi dan menuntut disebuah universiti di Phnom Penh. Pemergianku selama dua tiga hari sudah cukup membuatkan aku penat. Perjalanan dari Phnom Penh ke Kampong Cham memakan masa 4-5 jam dan keadaan cuaca di Kampong Cham sangat sejuk. Musim sejuk baru bermula. Bertolak dari Phnom Penh pada waktu petang 6.30 (7.30 waktu Malaysia, awal 1 jam). Tiba di Kampong Cham pada pukul 10 malam (11 malam waktu Malaysia).

Inilah rumah yang aku bermalam. Sejuk.

Penduduk kampong berniaga.

Sebuah keluarga Melayu Champa.

Kereta lembu

Disambut oleh ramai penduduk Kampong Cham. Mereka  mesra walaupun tidak fasih bertutur bahasa Melayu. Mujur kami ada penterjemah yang fasih berbahasa Melayu kerana pernah tinggal di Malaysia. Kami semua bermalam di sebuah rumah di Kampong Soiy, dalam jajahan Kampong Cham juga. Rumah itu rumah kayu, tipikal Melayu zaman dahulu. Disangga tiang-tiang kayu dan mungkin dibina tanpa menggunakan paku. Selain itu, masyarakat disana juga masih menggunakan kereta lembu dan kereta kuda sebagai pengangkutan harian. Motor pun ada tapi hanya keluarga yang berkemampuan sahaja yang menggunakannya.

Orang-orang kampong yang mengiringi kami sebelum pulang ke Phnom Penh.

Makcik-makcik Melayu Champa.

Selepas selesai di Kampong Cham seterusnya menempuhi perjalanan selama 4 jam lagi dengan menaiki van untuk ke Phnom Penh, bermalam di sana dua malam dan menggunakan masa itu untuk menenangkan fikiran di tepi Sungai Mekong, jalan-jalan, shopping dan mengambil gambar. Sepanjang di Phnom Penh bersama tiga keluarga berasa sangat seronok. 27 Disember 2011 kemudiannya bertolak pulang ke Malaysia.

Sebuah kapal di Sg.Mekong

Pulang dengan membawa 1001 kenangan manis sepanjang di sana. Tidak lupa kepada mereka yang banyak membantu semasa di Kampong Soiy, dan Phnom Penh. Namun aku berasa amat kesal dan kecewa kerana tak dapat pergi ke Angkor Wat kerana kekangan masa. Tak apa akan ada masanya nanti, insya Allah.

Gambar akan diupload dari semasa ke semasa.

Wednesday 21 December 2011

Tentang Hidup


Dalam hidup ada kehidupan.
Kita harus menghidupkan kehidupan ini agar kita benar-benar hidup di
dalam hidup kita, tidak sekedar hidup-hidupan. Setelah kita benar-
benar hidup, mengerti hidup, mengapa kita hidup, dan untuk apa kita
hidup, baru kita dapat membantu orang lain untuk menghidupkan
kehidupan mereka sehingga mereka benar-benar hidup di dalam
kehidupan mereka...

@ Wordless Thursday: Dont find Something Better

@Wordless Friday: Pause and Break Buttons

Wednesday 14 December 2011

It's All About Life


This time, I just finish my work. A usual, this time I use for writing. What came across my mind, is it what I wrote down into my blog. Suddenly, something came in my mind. What is it?

It all about LIFE!



Life can be long or short, it all depends on how you choose to live it. It’s like forever, always changing. For any of us, our forever could end in an hour or a hundred years from now. We can never know for sure, so we’d better make every second count. What we have to decide is how you want your life to be. If we forever was ending tomorrow, is this how we’d want to have spent it?

Life is made up of small pleasures. Happiness is made up of those tiny successes. The big ones come too infrequently. And if we don’t collect all of these tiny successes, the big ones don’t really mean anything!

Just a 10cents from my perspective… J

Miracle of Having A Friend



Making a thousand friends is not a miracle. A miracle is making one friend who will stand by your side when thousands are against you…


Tuesday 13 December 2011

Thru My Lens

Experimentation with flowers. I donno what to do, so this is what I do… snapping object using DSLR.






 Using Canon EOS 7D with Sigma 17-70mm f2.8 OS HSM.

“Every flowers is a soul blossoming in nature”

Banjir di Kuala Lumpur

Aku baru sahaja mendapat MMS dari seorang kawan. KL banjir teruk. Banjir kilat. Berlaku hari ni, 13 Disember 2011. Beliau sempat mengambil gambar dari pejabat beliau kerja, kebetulan berada berdekatan dengan lokasi kejadian. Boleh dikatakan KL mengalami ‘traffic jam’ yang teruk sekarang ni.

Banjir depan IJN. Terowong SMART arah Jalan Tun Razak tak berguna?


Terowong SMART yang dibina beberapa tahun lalu tidak berfungsi untuk mengalihkan air banjir dari KL. Ditutup. Biasanya SMART dibina untuk alihkan air banjir dan memudahkan laluan dari kedua-dua arah, dan kereta menggunakan terowong itu untuk keluar dari pusat banjir.

Pandangan dari bangunan, banjir dari dua2 arah. Di Jalan Pahang menghala ke Jalan Tun Razak

Berdekatan IJN di Jalan Pahang

Salah sikap masyarakat yang membuang sampah merata-rata ke dalam longkang, fungsi SMART atau pun salah kerajaan? Menurut seorang kawan, terowong SMART yang dibina berjuta-juta ringgit itu tidak berfungsi, dan ia hanya sebagai medium untuk kerajaan ‘collect’ duit tol daripada rakyat. Hmm… tak tahu macam mana nak cakap pasal soal ni.  

Apa pendapat anda? 

Sunday 11 December 2011

Kungfu Panda Jauh Lebih Baik dari Ombak Rindu


“Adik-adik, tontonlah Kungfu Panda, ia jauh lebih membangkitkan iman. Di dalam nya tiada ‘Muslim’, tetapi ada banyak Islam. Jangan layan Ombak Rindu, dalam itu ada Muslim, namun tiada Islamnya”, kata Ustaz Hasrizal Jamil.



Memetik kenyataan Ustaz Hasrizal Jamil ini, suka aku ingin mengulas sedikit animasi Kungfu Panda yang telah aku tonton. Terutamanya Part 2. Benar, dalam Kungfu Panda ni tak ada Muslim (orang Islam), tetapi ada Islam di dalamnya. Kadang2 kita hairan bagaimana sebuah produksi filem dari Hollywood yang dimonopoli oleh orang Yahudi ini mengetengahkan sejarah-sejarah yang termaktub dalam al-Quran.



Berbalik kepada Kungfu Panda 2, kita sendiri dapat melihat bagaimana satu watak ini, burung merak telah bermimpi bahawa dia dan delegasinya akan dihapuskan oleh seekor panda jantan yang bakal lahir. Lalu, si merak mengarahkan seluruh bala tenteranya untuk membunuh semua bayi-bayi panda beserta ahli keluarga panda yang lain. Ketika saat2 cemas ini, seekor ibu panda baru sahaja melahirkan seekor panda comel. Lalu, ibunya nekad membawa anaknya lari, diletakkan di dalam bakul dan dihanyutkan ke sungai. Panda kecil di dalam bakul terus hanyut dibawa arus sungai sehinggalah ditemui seekor angsa pembuat mee. Lalu dia dibesarkan oleh angsa berkenaan. Dari seekor panda yang tidak ada rahsia apa-apa, diajar membuat mee dengan teknik rahsia sehinggalah menjadi hero yang berjuang menentang kezaliman dan membantu mereka yang dizalimi.

Ya, sudah pasti terlintas di fikiran kalian semua akan kisah Nabi Musa a.s, bukan? Sangat mirip. Dan ia semuanya diceritakan di dalam al-Quran. Si pembuat filem Hollywood khususnya pembikin filem animasi mengangkatnya ke layar perak dengan nilai2 yang cukup hebat.

Aku setuju dengan Ustaz Hasrizal Jamil, Kungfu Panda lebih membangkitkan iman.

Apa kata anda? J

Friday 9 December 2011

Saving the Weak Kitten


Tengahari tadi, apabila aku berjalan pulang ke rumah dari masjid, aku terpandang seekor kitten, warna oren di tepi jalan. Nampak macam lemah, dan badan kurus. Mengiau dan mengikut aku berjalan ke rumah. Mungkin lapar. Siapalah yang buang kucing malang ni? Dah la kecil…kasihan…




Aku mengangkatnya ke rumahku, dan memandikannya dengan SebaMed, lapkannya dan bagi ia minum susu dan makan Friskies. Ia nampak tak berselera makan. Mungkin masih takut. Ia agak pemalu… lepas aku naik atas, dan aku senyap2 turun ia mula makan. Alahai, pemalu rupanya anak kucing ni. Ia makan sikit saja dan kemudian berehat. Lepas makan ia berlari2, ia lari dari rumahku. Aku panggilnya, dan ternyata ia tak nak masuk. Tak biasa agaknya?

Kucing binatang kesayangan Nabi. Ia binatang yang jinak, dekat dengan manusia. Masih ingatkah anda, kisah Abu Hurairah? Abu Hurairah ialah sahabat Nabi, seorang alim dan seorang yang pengasih terhadap kucing. Setiap kali beliau ke masjid, beliau akan meletakkan anak-anak kucing di dalam poketnya. Oleh itu, Nabi memanggil beliau dengan gelaran Abu Hurairah yang bermaksud ‘Bapa Kucing’. Nama sebenar Abu Hurairah ialah Abdul Rahman.

Kita sebagai manusia ni, hendaklah menyayangi kucing dan binatang-binatang lain. Kelak, di akhirat nanti binatang-binatang itu akan menjadi pembela kita…

P/S: Kitten oren itu lari dari rumahku. Mungkin ia belum biasa, namun ia suka berada di kakiku… insya Allah ia akan ingat aku juga.

Wednesday 7 December 2011

Bila Aku Tiada Kerja - Bosan.

Lepas habis kerja, aku tidak tahu apa nak dibuat. Dan tidak tahu apa yang nak dicoretkan disini. Aku masih mengira hari, untuk aku keluar dari sini dan mengembara lagi. Syukur, aku dapat cuti yang lama. Aku tidak betah untuk duduk lama-lama tanpa keluar berjalan2. Boleh jem kepalaku menghadap komputer, rekod2 dan ubat-ubatan.

Aku usha gambar2 di album wall post di Facebook. Gambar ini mencuit hatiku. A picture can tell 1001 story. Do you agree?

Agak2 boleh sepak tak?

Lama tak jumpa agaknya.

Dialek Kelate. 8 missed call, tu bahaya!

Hahaha, helmet takde ni pun jadilah.


Hahaha…

P/S: Tak ada kerja.

Pelangi Yang Indah


Petang tadi selepas hujan, pelangi menjelma di langit. Aku sempat mencapai telefon bimbitku dan mengambil gambar pelangi ini dari rumahku.

Indah sungguh pelangi ini. Namun yang berkuasa menciptanya pasti jauh lebih indah. Sudah tentu, kan Dia Maha Indah? Sudah tentu cinta-Nya pun indah juga.....


Kadang-kadang Allah tutup matahari,
Allah datangkan hujan dan guruh yang menyeramkan.
Kita tertanya-tanya, "ke mana perginya matahari? Kenapa Allah uji aku sampai macam ini?"
Namun, selepas itu, Allah memberi kita pelangi.
Indahnya pelangi itu.
Ya, Itulah pelangi cinta.
Cinta yang paling indah.
Itulah cinta ilahi.


P/S: Allah sangat mencintai kita.

Jika Ingin Memberi Cinta

Sekadar perkongsian. Moga bermanfaat.



CINTA. Istilah ini amat popular. Ia mudah dikata tetapi sukar dimengerti. Tatkala melafaz istilah ini, ia mencetuskan pelbagai makna dan perasaan buat seseorang. Ada getaran di suara apabila menyebutnya, ada gambaran indah di layar minda apabila mengingatinya dan ada perasaan berbunga di hati tatkala menghayatinya.

Cinta boleh menjadi istilah yang paling disukai. Atau paling dibenci, bergantung kepada saat bahagia atau deritanya seseorang dengan cinta. Namun ia juga sering disalah anggap kerana cinta biasanya dikaitkan dengan cinta lelaki dan perempuan yang mengasyikkan. Dalam ertikata lain, cinta di alam remaja yang disebut sebagai 'cintan-cintun'.

Tetapi, apabila ruang lingkup cinta itu diperluaskan, kita akan dapati cinta itu mencakupi cinta anak kepada ibubapanya, kepada isteri atau suami, kepada sahabat, alam, kampung, negeri, negara dan yang paling mutlak dan hak ialah cinta kepada al-Khaliq iaitu ALLAH SWT.

Dalam pada itu, oleh kerana mudahnya istilah cinta ini disebut-sebut, ia seolah-olah sesuatu yang begitu mudah dicurahkan. Bahkan, adakalanya ia menjadi begitu murah. Kerana apa? Kerana pada pelbagai ketika dan keadaan, kita sebenarnya tidak menyintai apa atau siapa yang kita cinta. Ia berlaku apabila kita tidak mengerti perasaan kita sendiri akibat tidak menyelami sanubari.

Ini terjadi apabila kita menyintai kerana terikut-ikut dengan dunia cinta orang lain. Cinta ikut-ikutan ialah apabila kita turut bercinta semata-mata kerana kita lihat orang lain bercinta. Pendek kata kerana kita tidak mahu ketinggalan. Kita menyukai sesuatu kerana lihat orang lain suka. Kalau orang lain ada kekasih, kita pun mahu kekasih sedangkan kita belum bersedia untuk menyintai.

Kalau orang lain menggilai gajet komunikasi seperti Blackberry, kita pun turut suka walaupun kita hanya gunakan alat-alat itu untuk kegunaan asas seperti menelefon dan mengirim teks sahaja. Bila kita tidak gunakan sepenuhnya fungsi e-mel, PDA, internet, musik dan video dalam Blackberry seperti mereka, itu hanya cinta ikut-ikutan. Kalau kita katakan yang kita cinta pada alam tetapi hanya dengan menanam sebatang pokok sebagai simbolik, itu belum lagi dinamakan cinta. Cinta ikut-ikutan akan cepat pudar dan membosankan diri kerana ia hanyalah kesukaan luaran. Esok, lusa, kita akan mencari cinta yang lain.

Cinta apabila 'ada' juga bukan cinta luhur kerana ia ada kepentingan. Orang kata, ada wang sayang abang, tiada wang abang melayang. Ertinya, cinta itu hanya datang apabila ia memenuhi kehendak kita. Andainya cinta kita tidak dibalas setimpal dengan apa yang diberi, maka ia mudah diketepikan. Cinta pada pasukan bolasepak Malaysia selagi mereka menang tetapi membencinya sekiranya mereka tewas dan melukakan hati kita, itu belum cinta namanya.

Ada kalanya, kita berusaha bersungguh-sungguh untuk menyintai, tapi sebenarnya cinta itu sudah lemau. Oleh kerana ingin menjaga prinsip dan nilai kesetiaan serta tanggungjawab, maka kita memaksa diri. Tanpa disedari juga mungkin kita berlakon suka. Kita boleh temui cinta suami dan isteri yang sudah rutin. Di meja makan restoran, si isteri ber SMS dan si suami membaca akhbar. Tanpa senyum-senyuman, tanpa lirik melirik, mereka menghabiskan makan malam dan keluar dari restoran dan melangkah beriringan sedepa jauhnya. Kononnya, mereka sudah makan malam bersama.

Memberi cinta secara ikut-ikutan, cinta tatkala ada dan cinta hingga memaksa diri adalah cinta yang tempang. Ia tidak menyeluruh. Sebaliknya, memberi cinta dan menyintai secara tulus ialah apabila kita menyukai sesuatu kerana perasaan kita sudah jatuh kepadanya. Memberi cinta bukan kerana baiknya, malah menerima keburukannya sebagai satu pakej.

Kita masih boleh terus menyintai, meskipun ia tidak akan dibalas. Umpama seorang pelukis dengan lukisannya; dia tetap akan menyintai lukisannya meskipun lukisannya tidak boleh membalas cintanya. Memberi cinta yang luhur akan terus kental dan tidak berpaling arah meskipun yang lain datang menguja. Bagai cinta ibu pada si anak, walaupun apa pun cacat celanya anak, si ibu tetap mekar dengan cintanya.

Untuk kukuh dan kekal memberi cinta luhur, kita bukan sahaja perlu menyintai sesuatu itu pada pandangan mata, tetapi menyintai, mengkaji dan memahami asal usul, kebaikan, keburukan, malah menerima dia atau ia pada hari esoknya.



Paksi cinta juga mestilah seiring cinta kita kepada ALLAH SWT. Ia bukan memberi cinta kerana ikut-ikutan atau taklid. Ia bukannya menyintai kerana memperoleh hidayah dan hilang cinta apabila menerima musibah. Bukan juga menyintai dengan melakukan ibadah kerana ia tanggungjawab semata-mata. Cinta yang hanya menggunakan akal fikiran dan tidak disertai dengan perasaan telah mengenepikan ciri utama cinta - jiwa yang halus tempat asal di mana cinta itu membenihkan bibit-bibitnya.

Tuesday 6 December 2011

Doa Seorang Pencari Cinta

Selamat pagi.

Alhamdulillah aku masih diberi kesempatan olehnya untuk merasai nikmat hidup. Cuaca yang amat bagus hari ni. Buka inbox Facebook, dan seorang sahabat menghantar link video ini kepada aku. Seorang sahabat yang sangat baik dan mengerti segala isi hati aku. Terima kasih Bro Fizie.





Lihat dan hayati video ini.

Apa pendapat anda?

Aku masih lagi dalam tempoh untuk melupakan si dia. Pengalaman diperlakukan sebegitu rupa masih lagi berbekas di hati. Seakan luka ini memerlukan banyak masa untuk disembuhkan. Setahun berlalu tapi aku masih lagi marah, dan dendam. Kesedihan dan sakit hati menguasai segala hidupku.

Andai kita sayangkan seseorang, tidak mungkin dia sayangkan kita, tetapi andai kita sayangkan ALLAH, sudah tentu ALLAH sayangkan hamba-hamba-NYA…dan kita tidak akan kecewa.

Ingatlah, cinta manusia hanya dusta. Dan kita kena sedar, ada cinta yang lebih agung dari cinta kepada manusia. Iaitu, cinta kepada Tuhan yakni pencipta kita. Cintai ALLAH, membawa kita kepada syurga. Ia membahagiakan, beroleh pahala dan kita sendiri akan berasa lebih tenang. Insya Allah…

Satu Hari di Phnom Penh

Dua bulan lepas, pada bulan Mei aku meluangkan masa satu hari di Phnom Penh, Kemboja atas urusan keluarga. Aku mempunyai keluarga angkat di sana. Mudah untuk ku berkomunikasi dengan penduduk tempatan. Ternyata, orang-orang Kemboja tidak semua fasih berkomunikasi dalam bahasa Inggeris. Syukur, aku ada mereka. Mereka bukan orang Kemboja beragama Buddha, tetapi beragama Islam. Berbangsa Melayu-Champa. Suatu bangsa minoriti di negara Angkor Wat.



Bertolak dari Kuala Lumpur, berbekalkan USD 150 dan beberapa helai baju, aku menaiki penerbangan Air Asia. Menjadi pilihanku. Kerana tambang murahnya. Kapal memulakan kerjanya terbang ke langit biru pada pukul 6.45 pagi. Sampai di Phnom Penh pukul 7.45 pagi. Perjalanan lebih kurang sejam. Tidak meletihkan. Jimat masa. Terasa dekat macam dari KL ke Kota Bharu dengan kapal terbang.


Fatihah, si kecil Kemboja.


Aku hanya bersendirian berlibur ke sana. Bukan atas tujuan berseronok. Tiada langsung masa untukku berjalan-jalan, melihat panorama dan tempat2 bersejarah. Hanya berjumpa dan melawat mereka. Masa yang ada ku peruntukkan untuk mereka. Melawat ibu angkat, dan adik Fatihah. Si kecil yang sangat kekok denganku pada mulanya, lama-lama dia menjadi mesra. Budak kecil, macam2 ragamnya.


Pertama kali menjejakkan kaki ke negara asing dengan bersendirian tanpa teman, itu satu pengalaman padaku. Belajar berdikari di negara orang, walaupun satu hari. Itu sudah cukup, untuk aku belajar budaya mereka. Masyarakat Kemboja walaupun berbeza anutan tetapi menghormati satu sama lain. Tiada diskriminasi. Gadis2 tempatan di Phnom Penh, lebih kurang gayanya dengan gadis2 negara jiran seperti Thailand dan Vietnam. Ah! Mungkin mereka serumpun, wajah tidak ada bezanya.

Gadis Melayu-Champa masih dengan tabiatnya, pemalu. Salah satu sifat yang agak jarang dijumpai. Rata2 gadis zaman sekarang sudah hilang malunya. Di Malaysia, kita boleh tengok fenomena ni. Gadis bertudung, beragama Islam. Dipanggil Muslim. Tetapi berperangai tidak senonoh. Tidak semua. Segelintir mungkin. Ini sangat memalukan, kerana Malaysia mengaku sebagai negara Islam. Mereka mencampakkan maruah Islam sesuka hati.


Pesisir Sungai Mekong. Ada taman.

Sungai Mekong. The heart of Cambodia.


Tidak banyak tempat aku kunjungi di sana. Cuma bersiar2 berdekatan Sungai Mekong, shopping complex, dan melawat Royal Palace. Terima kasih kepada ibu angkatku, dan anak2nya kerana sudi melayan aku. Membawa aku bersiar2 ke sana.


Sungai Mekong, aku kagum. Ia sungai yang besar, lebar dan dalam. Di tebingnya ada taman sepanjang pesisir. Airnya bersih. Tiada sampah sarap. Setiap petang ada masyarakat tempatan beriadah. Menari poco-poco, bermain layang-layang, berjoging, bersenam. Tiada pengaruh kota besar kepada masyarakat dan remajanya. Biasanya, anak2 remaja suka berpeleseran, main skateboard, melepak. Disini, kehidupan bukan senang. Dari kecil lagi mereka sudah mencari rezeki. Itu lebih baik dari remaja Malaysia yang banyak menyusahkan. Sekadar pendapat aku.

Keesokannya aku pulang dengan 1001 kenangan walaupun satu hari. Itu aku sangat hargai. Bukan senang untuk ke negara orang. Ku kira, aku akan kembali ke sini lagi.

P/S: Untuk ke Phnom Penh elakkan pergi sana pada bulan Oktober kerana biasanya waktu itu banjir dan hujan lebat. Tukar matawang USD dari tempat anda sebelum berlepas ke Phnom Penh. Kerana kadar tukaran wang disana sangat mahal. Matawang yang diguna USD dan Riel. USD lebih diterima dan senang diguna. Waktu tambang Air Asia murah ialah sebelum bulan November dan Disember. Bulan November dan Disember ialah bulan dimana orang-orang suka melancong dan kadar tambang penerbangan akan naik sedikit dari bulan-bulan biasa.