Sunday 11 December 2011

Kungfu Panda Jauh Lebih Baik dari Ombak Rindu


“Adik-adik, tontonlah Kungfu Panda, ia jauh lebih membangkitkan iman. Di dalam nya tiada ‘Muslim’, tetapi ada banyak Islam. Jangan layan Ombak Rindu, dalam itu ada Muslim, namun tiada Islamnya”, kata Ustaz Hasrizal Jamil.



Memetik kenyataan Ustaz Hasrizal Jamil ini, suka aku ingin mengulas sedikit animasi Kungfu Panda yang telah aku tonton. Terutamanya Part 2. Benar, dalam Kungfu Panda ni tak ada Muslim (orang Islam), tetapi ada Islam di dalamnya. Kadang2 kita hairan bagaimana sebuah produksi filem dari Hollywood yang dimonopoli oleh orang Yahudi ini mengetengahkan sejarah-sejarah yang termaktub dalam al-Quran.



Berbalik kepada Kungfu Panda 2, kita sendiri dapat melihat bagaimana satu watak ini, burung merak telah bermimpi bahawa dia dan delegasinya akan dihapuskan oleh seekor panda jantan yang bakal lahir. Lalu, si merak mengarahkan seluruh bala tenteranya untuk membunuh semua bayi-bayi panda beserta ahli keluarga panda yang lain. Ketika saat2 cemas ini, seekor ibu panda baru sahaja melahirkan seekor panda comel. Lalu, ibunya nekad membawa anaknya lari, diletakkan di dalam bakul dan dihanyutkan ke sungai. Panda kecil di dalam bakul terus hanyut dibawa arus sungai sehinggalah ditemui seekor angsa pembuat mee. Lalu dia dibesarkan oleh angsa berkenaan. Dari seekor panda yang tidak ada rahsia apa-apa, diajar membuat mee dengan teknik rahsia sehinggalah menjadi hero yang berjuang menentang kezaliman dan membantu mereka yang dizalimi.

Ya, sudah pasti terlintas di fikiran kalian semua akan kisah Nabi Musa a.s, bukan? Sangat mirip. Dan ia semuanya diceritakan di dalam al-Quran. Si pembuat filem Hollywood khususnya pembikin filem animasi mengangkatnya ke layar perak dengan nilai2 yang cukup hebat.

Aku setuju dengan Ustaz Hasrizal Jamil, Kungfu Panda lebih membangkitkan iman.

Apa kata anda? J

3 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum. saya tidaklah setuju sepenuhnya. memang diakui, Kung Fu Panda mengandungi beberapa sejarah islam tetapi mungkin pengrah dan pembuat skrip KUng Fu Panda tidak bermaksud untuk mengangkat islam pun.. kita tidak tahu. Issue ini boleh menyakitkan hati mereka yang mengusahakan Ombak Rindu. kalau betullah kita ini islam, jalanlah kritik sebigitu rupa, kenapa tidak kita berkata secara lembut. sebarang salah saya, sila ampunkan. saya cuma mahu memberi sedikit komen. :)

    Plus, ombak rindu pun ada nilai islamnya seperti watak Maya:Izzah mempunyai sifat yang tidak mahu berzina sebelum berkahwin :)

    ReplyDelete