Tuesday 6 December 2011

Tentang Hidup

Salam.

Apakah pandangan anda tentang hidup ni?

Hidup ini adalah seperti roda. Ia berpusing mengikut rentak kehidupan kita. Dalam hidup ni juga ada jahat, dan baik. Namun, itu bergantung kepada manusia itu sendiri, bagaimana ia memanfaatkan seluruh hidup yang ada. Hidup adalah untuk disyukuri, kan? Jika pilihan hidupnya adalah untuk menjadi ‘jahat’, maka adakah hidupnya akan menjadi baik, bahagia dan penuh nikmat? Tidak. Itu pilihan yang salah. Manusia dikurniakan akal untuk membeza mana betul dan mana salah. Kadang-kadang ada yang jahat, tetapi ‘baik’. Percayakah anda?

Hidup di dunia ni, ada nikmatnya, ada pahitnya. Ia berselang seli. Manis, ia mengajar seseorang supaya lebih bersyukur akan nikmat hidup ini yang kita tahu, datangnya dari pencipta kita, yang mengatur semuanya. Pahit, ia mengajar supaya lebih berdikari, bersabar, serta tabah dalam menghadapi suatu dugaan. Manusia yang baik ialah yang sangat menghargai nikmat kehidupan ini. Sekiranya nikmat kehidupan itu disia-siakan maka ia adalah suatu yang sangat merugikan.


Hidup di dunia ini juga tidak lama. Ia seakan panjang tetapi dihujungnya sesuatu yang menanti kita, itu adalah penentunya. Seperti penamat. Setiap apa yang wujud tetap ada penamatnya. Seperti, kereta. Sebagai contoh, kita menciptanya. Setiap barang itu tetap ada ‘tarikh luput’. Ia masih baru dalam beberapa tahun, dan tahun berikutnya ia akan menjadi usang, buruk, dan sudah tidak dapat digunakan lagi. Dan akhirnya dilupuskan. Hidup seseorang manusia juga seperti begitu. Ada penamatnya. Suatu hari nanti, kita tetap akan mencapai ‘tarikh luput’ itu. Kembali kepada yang berhak.

“Kullu nafsin zaiqatul maut…”

Itulah pandangan saya. 

1 comment: