Tuesday 6 December 2011

Hembusan Angin Tanah Tinggi

Aku suka menjejakkan kaki ke tempat yang tidak pernah ku jejaki. Mengembara itu ternyata sangat menenangkan hati. Darahku berdarah seorang pengembara. Mewarisinya dari moyangku. Ternyata ia sangat sebati dengan diriku.

Adakah di antara anda suka mengembara?

Melihat alam semulajadi itu sangat menenangkan fikiranku. Aku pasti anda semua juga begitu. Alam ciptaan Tuhan ini harus kita nikmati. Fikir.


Aku teringat suatu ketika semasa aku di puncak sebuah bukit di Taiping, Perak. Pernahkah kalian mendengar nama Bukit Larut, atau nama Inggerisnya Maxwell Hill? Aku sempat menjejakkan kakiku kesana pada bulan September tahun lepas yakni tahun 2010. Tahun kesedihan. Kenapa? Kerana pada masa itu aku alami sesuatu masalah yang sangat membebankan fikiranku. Dan alam semulajadi itu penyembuhku. Ternyata, Allah membuka hatiku untuk menerokai alam ciptaan Nya. 


Berada di puncak bukit sememangnya merupakan kegemaranku. Aku suka sekali berada di puncak bukit yang sejuk itu, diselubungi kabus yang mengkaburkan pemandangan. Tetapi auranya, rasanya, begitu dingin sekali. Syukur, Alhamdulillah. Aircond semulajadi lebih menyejukkan minda dan menenangkan hati. Anda bagaimana? Ku kira kalian berasa begitu juga sepertiku. Aku juga suka meluangkan masa di puncak Genting Highland tetapi aku tidak berapa suka di sana. Kerana terlalu ramai dengan manusia. Pembangunan di atas tanah tinggi. Judi. Kawasan yang sepatutnya menjadi tempat untuk berlibur dengan alam tetapi disalah guna. Sebaliknya jadi kawasan hiburan.


Bukit Larut ni, aku sangat merinduinya. Bukan semua orang boleh naik. Dan hari-hari tertentu saja dibenarkan naik. Dan tak semua orang berpeluang menginap di sana. Orang awam boleh. Tetapi tempahan mesti dibuat lebih awal. Insya Allah suatu hari nanti jika ada kelapangan aku hendak sekali meluangkan masa selama-lama masa aku suka di sana sambil menghirup teh panas, dan membaca novel kegemaranku.

Aku harap, sisa nyawaku masih ada untuk melihat alam ciptaan Mu ya Tuhan…


No comments:

Post a Comment