Showing posts with label Liburan. Show all posts
Showing posts with label Liburan. Show all posts

Saturday, 31 December 2011

Cambodia : Journey to the True Love (Part 2)

Continue from Part 1. Let pictures tells everything!

A pictures taken at Cambodia, at Kampong Soiy, Kampong Cham and around Phnom Penh.

25 and 26 December 2011.

Taken by: Me

Camera: Canon EOS 7D + Sigma 17-70mm f2.8 OS HSM + Tamron 70-300mm f4-5.6 VC USD

A handsome boy.

She is very nice, sweet and very close with me.

She act like this before I back to Phnom Penh

Comel. Anak tukang masak restoran di bawah. :-)

Restoran ni famous. Sedap.

A tut-tut.

A man ride his tut-tut.

A man ride his trishaw

A Cambodian man ride his motor.

One of main tourist spot.

A monk walking with umbrella.

A sweet Cambodian child.

A kid is eating.

 Bersambung. Hikhik...

Cambodia : Journey to the True Love (Part 1)

Lama benar tak update blog aku ini. Maklumlah kepenatan kerana baru pulang dari Kemboja, The Kingdom of Wonder dua hari lepas, pada Selasa 27 Disember 2011. Sekarang pun masih lagi penat tapi kenangan disana sering bermain-main di minda. Kenangan yang sangat manis…

Aku pergi ke Kemboja atas urusan peminangan dan juga melawat keluarga disana serta menyampaikan sumbangan berupa wang tunai kepada semua bangsa Melayu Champa di Kampong Cham, pedalaman Kemboja. Di sana semuanya orang-orang Melayu yang berdarah Champa. Mereka mengamalkan budaya Melayu, tak sama tapi serupa dengan Melayu Malaysia. Orang Melayu ni bertaburan di serata dunia jadi tak hairanlah di mana-mana negara asing akan ada kelompok minoriti Melayu. Orang-orang Melayu Champa ini beragama Islam. Keadaan kehidupan mereka agak daif, tapi masih mendapat bantuan daripada saudara-saudara dari Malaysia dalam bentuk wang tunai, pakaian, makanan, minuman dan sebagainya. Ramai yang prihatin dengan keadaan saudara kita di Kemboja ini.

Dua buah keluarga berbincang.

Alhamdulillah urusan peminangan dan pertunangan selesai. Lelaki dari Malaysia, dan perempuannya gadis Melayu Champa yang berpelajaran tinggi dan menuntut disebuah universiti di Phnom Penh. Pemergianku selama dua tiga hari sudah cukup membuatkan aku penat. Perjalanan dari Phnom Penh ke Kampong Cham memakan masa 4-5 jam dan keadaan cuaca di Kampong Cham sangat sejuk. Musim sejuk baru bermula. Bertolak dari Phnom Penh pada waktu petang 6.30 (7.30 waktu Malaysia, awal 1 jam). Tiba di Kampong Cham pada pukul 10 malam (11 malam waktu Malaysia).

Inilah rumah yang aku bermalam. Sejuk.

Penduduk kampong berniaga.

Sebuah keluarga Melayu Champa.

Kereta lembu

Disambut oleh ramai penduduk Kampong Cham. Mereka  mesra walaupun tidak fasih bertutur bahasa Melayu. Mujur kami ada penterjemah yang fasih berbahasa Melayu kerana pernah tinggal di Malaysia. Kami semua bermalam di sebuah rumah di Kampong Soiy, dalam jajahan Kampong Cham juga. Rumah itu rumah kayu, tipikal Melayu zaman dahulu. Disangga tiang-tiang kayu dan mungkin dibina tanpa menggunakan paku. Selain itu, masyarakat disana juga masih menggunakan kereta lembu dan kereta kuda sebagai pengangkutan harian. Motor pun ada tapi hanya keluarga yang berkemampuan sahaja yang menggunakannya.

Orang-orang kampong yang mengiringi kami sebelum pulang ke Phnom Penh.

Makcik-makcik Melayu Champa.

Selepas selesai di Kampong Cham seterusnya menempuhi perjalanan selama 4 jam lagi dengan menaiki van untuk ke Phnom Penh, bermalam di sana dua malam dan menggunakan masa itu untuk menenangkan fikiran di tepi Sungai Mekong, jalan-jalan, shopping dan mengambil gambar. Sepanjang di Phnom Penh bersama tiga keluarga berasa sangat seronok. 27 Disember 2011 kemudiannya bertolak pulang ke Malaysia.

Sebuah kapal di Sg.Mekong

Pulang dengan membawa 1001 kenangan manis sepanjang di sana. Tidak lupa kepada mereka yang banyak membantu semasa di Kampong Soiy, dan Phnom Penh. Namun aku berasa amat kesal dan kecewa kerana tak dapat pergi ke Angkor Wat kerana kekangan masa. Tak apa akan ada masanya nanti, insya Allah.

Gambar akan diupload dari semasa ke semasa.

Tuesday, 6 December 2011

Satu Hari di Phnom Penh

Dua bulan lepas, pada bulan Mei aku meluangkan masa satu hari di Phnom Penh, Kemboja atas urusan keluarga. Aku mempunyai keluarga angkat di sana. Mudah untuk ku berkomunikasi dengan penduduk tempatan. Ternyata, orang-orang Kemboja tidak semua fasih berkomunikasi dalam bahasa Inggeris. Syukur, aku ada mereka. Mereka bukan orang Kemboja beragama Buddha, tetapi beragama Islam. Berbangsa Melayu-Champa. Suatu bangsa minoriti di negara Angkor Wat.



Bertolak dari Kuala Lumpur, berbekalkan USD 150 dan beberapa helai baju, aku menaiki penerbangan Air Asia. Menjadi pilihanku. Kerana tambang murahnya. Kapal memulakan kerjanya terbang ke langit biru pada pukul 6.45 pagi. Sampai di Phnom Penh pukul 7.45 pagi. Perjalanan lebih kurang sejam. Tidak meletihkan. Jimat masa. Terasa dekat macam dari KL ke Kota Bharu dengan kapal terbang.


Fatihah, si kecil Kemboja.


Aku hanya bersendirian berlibur ke sana. Bukan atas tujuan berseronok. Tiada langsung masa untukku berjalan-jalan, melihat panorama dan tempat2 bersejarah. Hanya berjumpa dan melawat mereka. Masa yang ada ku peruntukkan untuk mereka. Melawat ibu angkat, dan adik Fatihah. Si kecil yang sangat kekok denganku pada mulanya, lama-lama dia menjadi mesra. Budak kecil, macam2 ragamnya.


Pertama kali menjejakkan kaki ke negara asing dengan bersendirian tanpa teman, itu satu pengalaman padaku. Belajar berdikari di negara orang, walaupun satu hari. Itu sudah cukup, untuk aku belajar budaya mereka. Masyarakat Kemboja walaupun berbeza anutan tetapi menghormati satu sama lain. Tiada diskriminasi. Gadis2 tempatan di Phnom Penh, lebih kurang gayanya dengan gadis2 negara jiran seperti Thailand dan Vietnam. Ah! Mungkin mereka serumpun, wajah tidak ada bezanya.

Gadis Melayu-Champa masih dengan tabiatnya, pemalu. Salah satu sifat yang agak jarang dijumpai. Rata2 gadis zaman sekarang sudah hilang malunya. Di Malaysia, kita boleh tengok fenomena ni. Gadis bertudung, beragama Islam. Dipanggil Muslim. Tetapi berperangai tidak senonoh. Tidak semua. Segelintir mungkin. Ini sangat memalukan, kerana Malaysia mengaku sebagai negara Islam. Mereka mencampakkan maruah Islam sesuka hati.


Pesisir Sungai Mekong. Ada taman.

Sungai Mekong. The heart of Cambodia.


Tidak banyak tempat aku kunjungi di sana. Cuma bersiar2 berdekatan Sungai Mekong, shopping complex, dan melawat Royal Palace. Terima kasih kepada ibu angkatku, dan anak2nya kerana sudi melayan aku. Membawa aku bersiar2 ke sana.


Sungai Mekong, aku kagum. Ia sungai yang besar, lebar dan dalam. Di tebingnya ada taman sepanjang pesisir. Airnya bersih. Tiada sampah sarap. Setiap petang ada masyarakat tempatan beriadah. Menari poco-poco, bermain layang-layang, berjoging, bersenam. Tiada pengaruh kota besar kepada masyarakat dan remajanya. Biasanya, anak2 remaja suka berpeleseran, main skateboard, melepak. Disini, kehidupan bukan senang. Dari kecil lagi mereka sudah mencari rezeki. Itu lebih baik dari remaja Malaysia yang banyak menyusahkan. Sekadar pendapat aku.

Keesokannya aku pulang dengan 1001 kenangan walaupun satu hari. Itu aku sangat hargai. Bukan senang untuk ke negara orang. Ku kira, aku akan kembali ke sini lagi.

P/S: Untuk ke Phnom Penh elakkan pergi sana pada bulan Oktober kerana biasanya waktu itu banjir dan hujan lebat. Tukar matawang USD dari tempat anda sebelum berlepas ke Phnom Penh. Kerana kadar tukaran wang disana sangat mahal. Matawang yang diguna USD dan Riel. USD lebih diterima dan senang diguna. Waktu tambang Air Asia murah ialah sebelum bulan November dan Disember. Bulan November dan Disember ialah bulan dimana orang-orang suka melancong dan kadar tambang penerbangan akan naik sedikit dari bulan-bulan biasa.


Hembusan Angin Tanah Tinggi

Aku suka menjejakkan kaki ke tempat yang tidak pernah ku jejaki. Mengembara itu ternyata sangat menenangkan hati. Darahku berdarah seorang pengembara. Mewarisinya dari moyangku. Ternyata ia sangat sebati dengan diriku.

Adakah di antara anda suka mengembara?

Melihat alam semulajadi itu sangat menenangkan fikiranku. Aku pasti anda semua juga begitu. Alam ciptaan Tuhan ini harus kita nikmati. Fikir.


Aku teringat suatu ketika semasa aku di puncak sebuah bukit di Taiping, Perak. Pernahkah kalian mendengar nama Bukit Larut, atau nama Inggerisnya Maxwell Hill? Aku sempat menjejakkan kakiku kesana pada bulan September tahun lepas yakni tahun 2010. Tahun kesedihan. Kenapa? Kerana pada masa itu aku alami sesuatu masalah yang sangat membebankan fikiranku. Dan alam semulajadi itu penyembuhku. Ternyata, Allah membuka hatiku untuk menerokai alam ciptaan Nya. 


Berada di puncak bukit sememangnya merupakan kegemaranku. Aku suka sekali berada di puncak bukit yang sejuk itu, diselubungi kabus yang mengkaburkan pemandangan. Tetapi auranya, rasanya, begitu dingin sekali. Syukur, Alhamdulillah. Aircond semulajadi lebih menyejukkan minda dan menenangkan hati. Anda bagaimana? Ku kira kalian berasa begitu juga sepertiku. Aku juga suka meluangkan masa di puncak Genting Highland tetapi aku tidak berapa suka di sana. Kerana terlalu ramai dengan manusia. Pembangunan di atas tanah tinggi. Judi. Kawasan yang sepatutnya menjadi tempat untuk berlibur dengan alam tetapi disalah guna. Sebaliknya jadi kawasan hiburan.


Bukit Larut ni, aku sangat merinduinya. Bukan semua orang boleh naik. Dan hari-hari tertentu saja dibenarkan naik. Dan tak semua orang berpeluang menginap di sana. Orang awam boleh. Tetapi tempahan mesti dibuat lebih awal. Insya Allah suatu hari nanti jika ada kelapangan aku hendak sekali meluangkan masa selama-lama masa aku suka di sana sambil menghirup teh panas, dan membaca novel kegemaranku.

Aku harap, sisa nyawaku masih ada untuk melihat alam ciptaan Mu ya Tuhan…