Tuesday 6 December 2011

Satu Hari di Phnom Penh

Dua bulan lepas, pada bulan Mei aku meluangkan masa satu hari di Phnom Penh, Kemboja atas urusan keluarga. Aku mempunyai keluarga angkat di sana. Mudah untuk ku berkomunikasi dengan penduduk tempatan. Ternyata, orang-orang Kemboja tidak semua fasih berkomunikasi dalam bahasa Inggeris. Syukur, aku ada mereka. Mereka bukan orang Kemboja beragama Buddha, tetapi beragama Islam. Berbangsa Melayu-Champa. Suatu bangsa minoriti di negara Angkor Wat.



Bertolak dari Kuala Lumpur, berbekalkan USD 150 dan beberapa helai baju, aku menaiki penerbangan Air Asia. Menjadi pilihanku. Kerana tambang murahnya. Kapal memulakan kerjanya terbang ke langit biru pada pukul 6.45 pagi. Sampai di Phnom Penh pukul 7.45 pagi. Perjalanan lebih kurang sejam. Tidak meletihkan. Jimat masa. Terasa dekat macam dari KL ke Kota Bharu dengan kapal terbang.


Fatihah, si kecil Kemboja.


Aku hanya bersendirian berlibur ke sana. Bukan atas tujuan berseronok. Tiada langsung masa untukku berjalan-jalan, melihat panorama dan tempat2 bersejarah. Hanya berjumpa dan melawat mereka. Masa yang ada ku peruntukkan untuk mereka. Melawat ibu angkat, dan adik Fatihah. Si kecil yang sangat kekok denganku pada mulanya, lama-lama dia menjadi mesra. Budak kecil, macam2 ragamnya.


Pertama kali menjejakkan kaki ke negara asing dengan bersendirian tanpa teman, itu satu pengalaman padaku. Belajar berdikari di negara orang, walaupun satu hari. Itu sudah cukup, untuk aku belajar budaya mereka. Masyarakat Kemboja walaupun berbeza anutan tetapi menghormati satu sama lain. Tiada diskriminasi. Gadis2 tempatan di Phnom Penh, lebih kurang gayanya dengan gadis2 negara jiran seperti Thailand dan Vietnam. Ah! Mungkin mereka serumpun, wajah tidak ada bezanya.

Gadis Melayu-Champa masih dengan tabiatnya, pemalu. Salah satu sifat yang agak jarang dijumpai. Rata2 gadis zaman sekarang sudah hilang malunya. Di Malaysia, kita boleh tengok fenomena ni. Gadis bertudung, beragama Islam. Dipanggil Muslim. Tetapi berperangai tidak senonoh. Tidak semua. Segelintir mungkin. Ini sangat memalukan, kerana Malaysia mengaku sebagai negara Islam. Mereka mencampakkan maruah Islam sesuka hati.


Pesisir Sungai Mekong. Ada taman.

Sungai Mekong. The heart of Cambodia.


Tidak banyak tempat aku kunjungi di sana. Cuma bersiar2 berdekatan Sungai Mekong, shopping complex, dan melawat Royal Palace. Terima kasih kepada ibu angkatku, dan anak2nya kerana sudi melayan aku. Membawa aku bersiar2 ke sana.


Sungai Mekong, aku kagum. Ia sungai yang besar, lebar dan dalam. Di tebingnya ada taman sepanjang pesisir. Airnya bersih. Tiada sampah sarap. Setiap petang ada masyarakat tempatan beriadah. Menari poco-poco, bermain layang-layang, berjoging, bersenam. Tiada pengaruh kota besar kepada masyarakat dan remajanya. Biasanya, anak2 remaja suka berpeleseran, main skateboard, melepak. Disini, kehidupan bukan senang. Dari kecil lagi mereka sudah mencari rezeki. Itu lebih baik dari remaja Malaysia yang banyak menyusahkan. Sekadar pendapat aku.

Keesokannya aku pulang dengan 1001 kenangan walaupun satu hari. Itu aku sangat hargai. Bukan senang untuk ke negara orang. Ku kira, aku akan kembali ke sini lagi.

P/S: Untuk ke Phnom Penh elakkan pergi sana pada bulan Oktober kerana biasanya waktu itu banjir dan hujan lebat. Tukar matawang USD dari tempat anda sebelum berlepas ke Phnom Penh. Kerana kadar tukaran wang disana sangat mahal. Matawang yang diguna USD dan Riel. USD lebih diterima dan senang diguna. Waktu tambang Air Asia murah ialah sebelum bulan November dan Disember. Bulan November dan Disember ialah bulan dimana orang-orang suka melancong dan kadar tambang penerbangan akan naik sedikit dari bulan-bulan biasa.


No comments:

Post a Comment